Opera Cina

Penghayatan watak oleh para pelakon mampu menyentuh kalbu penonton yang menyaksikan seni persembahan ini.

Teater Cina tradisional atau Opera Cina juga turut dikenali sebagai Opera Beijing dan juga Opera Peking merupakan satu seni persembahan tradisional yang menggabungkan muzik, nyanyian, tarian dan akrobatik. Persembahan Opera Cina dipercayai telah wujud di Tanah Melayu semasa pendudukan Inggeris sekitar kurun ke-16. Seni persembahan ini diilhamkan oleh peniaga Cina yang telah bermastautin di Tanah Melayu sebagai  satu bentuk hiburan bagi mengisi masa lapang.

Penceritaan Opera Cina adalah berkisarkan  kegagahan para pahlawan dan juga golongan bangsawan.  Salah satu kisah yang telah diadaptasikan  dalam bangsawan Melayu adalah Sampi’ Eng Tai.  Kebanyakan kisah-kisah opera Cina adalah diambil dari Zaman Dinasti Song Selatan.  Antara cerita-cerita Opera Cina yang popular adalah Tasik Biru dan Hang Zhou.

Hiasan kepala yang dipakai oleh pelakon Opera Cina.yang diiringi alat muzik cina.

Pelakon akan mengenakan pakaian tradisional bangsawan masyarakat Cina seperti dahulu kala.  Di samping itu pelakon  juga akan mengenakan aksesori bagi  mencantikkan lagi penampilan.          Setiap penari akan  disolek dengan bedak putih yang tebal dan juga bedak merah sebagai solekan mata dan pipi.  Solekan ini akan menghidupkan lagi watak serta menyerlahkan lagi ekspresi persembahan.

Muzik Opera Cina ini disampaikan dalam bentuk lakonan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s