Sompoton

Sompoton atau Sumpoton adalah sejenis alat muzik tempatan di Sabah.  Ia diperbuat daripada labu air yang dikeringkan.  Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan ke bahagaian buah labu berkenaan dengan menebuk.  Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang buluh terbabit, selain untuk menahan angin daripada keluar melalui celah buluh apabila tiupan dilakukan.

Satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat itu.  Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

Dengan meniup atau menyedut mulut labu, pemain sompoton boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s