Koleksi Warisan Kesenian

Persatuan Sejarah sekolah anda sedang berusaha untuk menghimpunkan koleksi pelbagai jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia. Koleksi ini bertujuan untuk memupuk perasaan bangga di kalangan warga sekolah terhadap warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, satu pertandingan mengumpul bahan dan maklumat pelbagai jenis warisan kesenian pelbagai kaum diadakan sempena Minggu Akademik sekolah.

Kelas anda bercadang untuk menyertai pertandingan tersebut. Koleksi bahan dan maklumat warisan kesenian boleh dihasilkan dengan mengikuti panduan yang diberikan.

a)     Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

b)     Ahli kumpulan diagihkan tugas untuk mencari maklumat tentang salah satu

warisan kesenian yang berikut:

i) alat muzik

ii) tarian

iii) seni bina

iv) lukisan

v) permainan

vi) kraftangan

c)     Maklumat boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti berikut:

i)  perpustakaan

ii) muzium yang berhampiran

iii) drama, filem dan dokumentari

iv) guru muzik, tarian atau seni lukis

v) temu bual dengan tokoh terbabit

d)     Maklumat, gambar dan folio anda dibukukan. Muka hadapan kulit buku itu ditulis

dengan tajuk dan lakaran gambar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s