Tarian Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.

Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.

Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

Latar belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam

Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.

Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:

BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api.

Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata Natyam pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya Natya Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para penonton. Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah hilang ditelan zaman.

E. Krishna Iyer adalah salah satu orang yang menaikkan status sosial Bharata Natyam dan mempopularkannya. Rukmini Devi Arundale pula menarik perhatian Barat pada Bharata Natyam. Setelah belajar Bharata Natyam selama tiga tahun, pada tahun 1936 Rukmini Devi Arundale mendirikan sekolah Kalakshetra luar kota Madras untuk mengajar dan untuk mempromosikan muzik dan seni India. Dia salah satu guru yang pertama memberi arahan kepada beberapa orang lelaki untuk mempersembahkan tarian Bharata Natyam. Pada waktu itu, tarian ini secara khususnya dilakukan oleh perempuan, sedangkan lelaki, disebut Nattuvanars, hanya pernah mengajar Bharata Natyam tanpa benar-benar melakukannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s